Perjalanan ke Rumah Tumpangan Sabul
Sepetang 5 November 2006 dari bandar kediaman ke Kuala Sabul. Update pada 1 April 2007. Sehari dua ini mulai kurang sihat semula. Malas mengadap pandang jurnal sendiri. Sambung catatan kembara
Rumah Tumpangan Sabul November 2006 mengenangkan sudah 1 April. Belum berupdate catat bersusun rakaman catatan tersimpan sedari 1 Januari 2007. Lalu 1 April 2007 merakamkan catatan cerita 5 November tahun lalu.
Sampai bandar Kuala Sabul selepas senja berawal malam. Hanya kurang satu jam dari simpang tiga Bukit Besi-Dungun-Kuala Berang-Kuala
Rumah Tumpangan Sabul . Perjalanan mahu Su mengulangi lalu kalau berkesempatan lagi. Kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki. Petang ini kurang pandang memandang tepi memandangkan hari semakin gelap kelam. Sementelah semakin letih lebih setengah hari berkereta. Sementelah masih belum hilang penat sana sini bertandang musim raya 2006 seminggu dua ini.
Selepas bertukar pemandu selepas simpang tiga itu. Hari semakin gelap kurang perasan lagi pada pemandangan. Lebih kepada leka berbual-bual. Berbual itu ini meriah kalbu.
Simpang tiga sebelum suami kembali bertukar memandu dengan Safura. Safura hanya memandu kembali lebih kurang 10 minit. Simpang tiga dengan kain rentang berucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dari VIP-VIP negeri. Poster bunting Enapan Tar Berlaku Dalam Paru-Paru Akibat Rokok iklan Tak Nak Merokok. Poster kolej IPT swasta. Poster Unit Perancang Negeri bertulis
Rumah Tumpangan Sabul Tiada Halangan Hanyalah Peluang. Bertiang bendera-bendera negeri dan bendera-bendera parti pemerintah di belakang dua bunting rentang ucap Selamat Hari Raya Aidilfiri.
Su pernah catatkan mungkin lebih dari sekali. Suami kita suka menjawab soalan dan pandangan kita dengan soalan. Kelakar cerita kami. Berbeza hal kalau dengan orang lain bukan keluarga. Jawapan bersetuju ya, bah, alright, okay, Insya-Allah bermanis wajah. Sekadar bercerita. Sudah lali terbiasa. Bagaimanapun hari ini member bermood dengan senang hati bersetuju bila Su mengomen tentang susur lalu ke Kuala Berang-Kuala
Rumah Tumpangan Sabul ikut Highway Jerangau dari Kuantan.
" Cepat lagi kan kalau lalu sini.. Banding dengan jalan ikut tepi laut sana. Tapi kalau siang macam ni okaylah. Kalau malam lepas pukul 10 kurang selesalah. Mesti sunyi lalu sini. Lalu ladang dengan hutan. Tepi laut sana hampir sepanjang jalan terang. "
Kali akhir kami berkereta ke Kuala
Rumah Tumpangan Sabul . Perjalanan lewat malam sampai Kuala
Rumah Tumpangan Sabul selepas pukul 12 malam. Itu akhir bagi Su dan cahayamata. Suami selalu ke sebelah pantai timur berkenderaan universiti.
Bersahutan setuju suami. " Betul.. Betul.. " Jarang terdengar di telinga ini komen setuju begini. Hari ini member bermood bagus.
Sambung lagi komen Su. Pandangan hanya selepas pertama kali lalu sini.
" Kalau ada urusan kerja macam ni. Okaylah lalu sini. Tapi kalau saja-saja bercuti, Su lebih suka jalan tepi laut sana. Tapi kalau lalu sini dapat tengok tempat-tempat sini. Lalu Jerangau. Lalu Bukit Besi.. Lalu kampung-kampung pendalaman. Boleh lalu sini sekali lagi kot. Lain kali kita singgah pekan Bukit Besi tu.. "
Kereta diberhentikan di tepi jalan di seberang sana rumah tumpangan jangkanya kami mahu bermalam. Bandar Kuala Berang awal malam.
Suami menelefon pembantu penyelidik sudah berehat di rumah tumpangan. Menanyakan tentang rumah rehat VIP itu. Su pula pandang sana pandang sini. Inilah pertama kali Su sampai bandar bersejarah ini. Sedari bersekolah rendah Su tahu Kuala Berang sebagai Bandar Batu Bersurat. Lama mahu ke sini. Baru ini sampai sini.
Deretan kedai di tepi jalan lurus di tengah-tengah bandar. Bandar sunyi walaupun baru berawal malam. Kebanyakan kedai tutup malam. Jalan lurus di tengah bandar. Jalan lurus menuju
Rumah Tumpangan Sabul dan hulu negeri.
Tiada unit kosong rumah VIP. Hanya berjaya menyewa satu unit rumah rehat VIP dengan beberapa kamar tidur. Unit rumah ini buat semua ahli rombongan penyelidikan ini. Kami perlu satu unit keluarga berasingan. Perlu menunggu selepas pukul 10. Seorang VIP itu belum pasti mahu bermalam sini malam ini atau pulang ke bandar asal. Lambat kalau mahu tunggu pukul 10. Baru pukul 8 malam.
Su mencadangkan kami terus ke
Rumah Tumpangan Sabul Resort. Masalahnya resort itu terpencil. Satu hal pula nanti mahu berpatah semula ke Kuala Berang buatnya nanti tiada chalet kosong di Kenyir sana. Satu hal pula malam-malam begini mahu cari chalet berkategori terpencil sekitar danau atas bukit sana. Kami selalunya berkembara tanpa menempah hotel terlebih dahulu. Su senang begini kerana kadang-kadang kami bersinggah tanpa dirancang di memana singgahan kalau pemandu penat dan sebagainya.
Kereta terus mara ke hadapan. Melihat-lihat kalau ada kelibat hotel. Awal-awal lagi Su beritahu. Tidak kisahlah murah bagaimanapun hotel asalkan bersih. Bagaimanapun tiada terpandang di mata memana hotel bandar.
Suami menunjukkan simpang kiri kalau mahu ke Kompleks Batu Bersurat Kuala Berang di sebelah kiri jalan. Simpang sebelum batu tanda besar warna merah terracotta bercatat nama bandar di atas danau.
Berpatah semula menghala ke rumah tumpangan tepi jalan. Kereta diberhentikan di hadapan rumah tumpangan. Suami menelefon pula seorang lagi geng rombongan kini sedang dalam perjalanan dari Bangi ke Kuala Berang. Rombongan kereta yang ke tiga dalam rombongan ini jangkanya tiba Kuala Berang sekitar pukul 10 malam. Bakal bersusul satu lagi rombongan dengan wakil dari J** dan kerajaan negeri. Penyelidikan konsultansi ini berkaitan tanah hutan negeri. Konsultansi suami sebagai pakar perunding penyelidikan.
Berbincang-bincang. Su menanyakan berapa jauh Kuala Berang dari Kuala
Rumah Tumpangan Sabul . Berapa jauh Kuala Berang dari
Rumah Tumpangan Sabul . Su belum pernah sampai sini.
Rumah Tumpangan Sabul lebih dekat dengan Kuala Berang tetapi belum tentu lagi beroleh tempat bermalam. Kuala
Rumah Tumpangan Sabul sedikit jauh tetapi hanya lebih kurang 45 minit memandu. Kuala
Rumah Tumpangan Sabul berpilihan deretan hotel. Sudah tahu mana-mana hotel bagus disinggah.
Komen Su kala memikir-mikir pilihan rancangan seterusnya.
" Lupalah pula sebelum pergi tadi baca kat internet fasal hotel-hotel kat kawasan sini. "
Selalunya Su buat sedikit survey tentang destinasi bakal kami singgah pergi. Kuala
Rumah Tumpangan Sabul selalu sampai. Selalu terbaca tentang Kenyir dan danau. Terlupa pagi tadi survey tentang pilihan penginapan di bandar batu bersurat ini. Sempat sebenarnya update satu entri jurnal sebelum berlepas memulakan perjalanan lewat pagi tadi.
Su mencadangkan bagus kami ke Kuala
Rumah Tumpangan Sabul . Awal pagi esok kami hantar suami ke Kuala Berang. Suami dan geng kerja lapangan bakal meneruskan perjalanan ke Hutan Hulu
Rumah Tumpangan Sabul seawal pagi. Kami bertiga bakal berpatah semula ke Kuala
Rumah Tumpangan Sabul sebelum memulakan kembara kami samada ke Hulu
Rumah Tumpangan Sabul atau Kelantan. Suami bersetuju dan ke Kuala
Rumah Tumpangan Sabul lah kami sekitar pukul 8 malam. Kenyir lebih dekat dengan Kuala Berang. Bagaimanapun bandar ibu negeri berpilihan tempat penginapan.
Perjalanan susur jalan terus lurus menuju bandar ibu negeri. Berbual-bual itu ini kami berdua suami isteri. Safura dan Idris lena tidur. Sepanjang perjalanan berpandangan terang lampu-lampu bangunan di kiri kanan kanan.
Lalu Ajil selepas Kuala Berang. Sekali lagi mengomen tempat pertama kali sampai. Ajil berbangunan terang benderang bagaikan bangunan gudang kilang. Oh sinilah Ajil. Ajil lebih kurang 35 kilometer dari ibu negeri. Selama ini Su belum pernah sampai mukim sekitar Hulu
Rumah Tumpangan Sabul . Hanya terbiasa lalu mukim-mukim sepanjang tepi laut sana.
Sembang itu ini. Berbual tentang sahabat-sahabat karib dari negeri kami sampai ini. Sahabat-sahabat berpasangan suami isteri orang
Rumah Tumpangan Sabul .
Juga berbual bila kali akhir suami ke
Rumah Tumpangan Sabul . Suami ingat-ingat lupa tetapi Su boleh ingat lebih kurang tarikh haribulan itu kerana catatan terekod pada entri Rasanubari. Berulang seperti biasa dialog begini. Nanti kita check kat jurnal.
0 comments:
Post a Comment